PeribahasaMayat sudah di tepi kubur.TakrifPekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuda diajun, kikir diperbuat.TakrifMahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDunia diadang, saku-saku dijahit.TakrifMahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang patah di tengah.TakrifTidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang surut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum tercapai pantang surut.TakrifTidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAku alah engkaulah menang.TakrifTidak mahu mengaku kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi puyuh.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tahu menganyam, pandan disalahkan.TakrifTidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin dibelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertegang urat leher, berkeras buku lidah.TakrifTidak mahu mengalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.TakrifTidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
|