Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Takrif

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Takrif

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.

Takrif

Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Takrif

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus.

Takrif

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Bulan puasa memetik kelapa,
     Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
     Kenangan diberi kekal abadi.



Lihat selanjutnya...