Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM
ASTIGMATISME

Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual.

Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat

serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan

ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata.

Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan

lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata,

yang tidak normal.

UMUM
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM
ACONCAGUA

Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung

yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959

meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat

Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300

meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi

bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi

kesan kawahnya.

UMUM
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM
NYAMUK

Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan

sesetengah penyakit yang paling teruk kepada

manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu

membawa kuman yang menyebabkan penyakit

serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan

demam kuning. Apabila nyamuk menggigit, ia

mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis

nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia

mempunyai gigitan yang menyakitkan. Banyak

daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit

hidup di kawasan yang panas, lembap dekat

khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua

bahagian di dunia, malah di Artik.

UMUM
DAUD BEUREUEH

DAUD BEUREUEH (1899 -1987), ulama dan pemimpin Aceh, Indonesia. Dia lahir di Beureueh, sebuah kampung dekat Sigli, Aceh, Indonesia. Dia menerima pendidikan agama tetapi tidak mahir membaca dan menulis rumi, sehingga pada masa revolusi, dia diejek oleh sebahagian pegawai yang datang dari Jawa sebagai pemimpin yang buta huruf. Pada tahun 1920-an, dia berhubung rapat dengan ulama Aceh yang bermukim di Makkah dan hubungan ini mendorongnya menjadi salah seorang pelopor pembaharuan agama di Aceh. Ketika ulama reformis membentuk Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) pada tahun 1939, dia dipilih sebagai ketua. Melalui organisasi inilah pengaruh politik Daud Beureueh mula berkembang terutama pada masa pendudukan Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM
BAHASA MELAYU POLINESIA

BAHASA MELAYU POLINESIA, salah satu keluarga bahasa yang terbesar di dunia, dari segi jumlah dan juga wilayah sebarannya. Nama lain yang kini luas digunakan untuk keluarga bahasa ini ialah Austronesia (Pulau-pulau Selatan tetapi istilah ini pun tidak begitu tepat, kerana sebahagian bahasa itu dekat dengan Khatulistiwa (di utara), manakala sebahagian yang lain di benua Asia Tenggara).

BAHASAKonsep
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Teluk Jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Buah hati marilah dekat,
     Rindu abang tidak tertahan.



Lihat selanjutnya...