Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rantau jauh tidak terulang, rantau dekat tidak terkendanai.

Takrif

Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Takrif

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh di mata, dekat di hati.

Takrif

Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Batu bulat tak bersanding.

Takrif

Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.

Takrif

Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Teluk Jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Buah hati marilah dekat,
     Rindu abang tidak tertahan.



Lihat selanjutnya...