Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud:
1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'.
2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit.
3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 
4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' 

Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai  yang berdekatan.'
Makna20.01.2012
Kenapa apa pun tidak boleh dieja dekat (apapun)? Apa bezanya dengan 13 perkataan lain yang boleh dieja dekat tu?

Kata "pun" sebagai partikel dieja rapat seperti walaupun dan sungguhpun, manakala "pun" yang bermaksud juga dieja terpisah seperti dia pun dan telah pun.

Tatabahasa16.08.2011
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Kata Adjektif Jarak berikut: dekat dan hampir. (merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun Lima SJK, m/s 93)(terbitan tahun 2014). Guru-guru lain di sekolah tempat saya berkhidmat tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Maaf kerana mengganggu. Terima kasih saya ucapkan.

Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maksudnya. Lazimnya kata adjektif dekat digunakan untuk menunjukkan jarak tempat manakala hampir digunakan untuk menunjukkan bilangan.

Contoh:

1.  Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar.
2.  Hampir seratus orang hadir dalam majlis itu.

Tatabahasa15.02.2020
Assalamu'alaikum. Soalan saya berkaitan istilah beranda rumah dalam dailek Terengganu. Setahu saya dan saya biasa dalam perbualan harian menggunakan 'Lambo' yang merujuk pada perkataan beranda rumah. Saya membuat pencarian di prpm, namun tidak saya temui. Paling dekat yang saya jumpa dalam prpm adalah 'Lambung' yang membawa maksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Adakah perkataan 'Lambo' asalnya daripada perkataan 'Lambung'?

Untuk makluman belum ada istilah dialek Terengganu bagi maksud Lambo dalam sistem PRPM kami. Walau bagaimanapun, istilah Lambo membawa maksud beranda. Manakala Lambung pula bermaksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Maka Istilah Lambung dan Lambo memberikan dua maksud yang berbeza dan istilah lambung bukan berasal daripada dialek Terengganu atau perak iaitu Lambo.

Makna16.02.2016
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu.Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui.Tatabahasa20.10.2011
Dekat mana saya boleh dapatkan info mengenai perubahan morfologi kata antara Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4? Terima Kasih.

Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat.

 

Lain-lain08.02.2018
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tqIni ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul.Tatabahasa20.09.2011
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah?Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa18.02.2012
Tuan, adakah perkataan 'di mana' itu dekat atau jauh. bilakah perkataan itu boleh didekatkan?Ejaan yang betul ialah di mana dan digunakan dalam ayat tanya seperti Di manakah kamu tinggal? Perlu diingat perkataan di mana tidak ada dalam ayat penyata sepertimana yang banyak digunakan sebagai padanan which dalam bahasa Melayu.Ejaan20.06.2012
Saya nak bertanya, dekat DBP ada tak jual Kamus Dalam 3 bahasa iaitu CINA,MELAYU and BI? Dan Kamus untuk membuat ayat dalam tiga bahasa juga? Kalau ada tolong bagi tahu kat saya apa nama kamus tersebut? Kamus untuk sekolah rendah!!!!!!DBP tidak ada menerbitkan kamus dalam tiga bahasa. Sila berkunjung ke kedai buku lain untuk mendapatkannya sekiranya ada diterbitkan.Lain-lain06.07.2008
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Teluk Jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Buah hati marilah dekat,
     Rindu abang tidak tertahan.



Lihat selanjutnya...