Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaupun daun ada uratnya, Tidak dapat meniti buluh; Kalaulah racun ada ubatnya, Tidak kan dapat menjadi sembuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat dimakan; Apa guna menjadi orang, Bila tidak mengingat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Jikalau tidak hujan di bukit,
     Keduduk tidak berbunga lagi;
Jikalau tidak dapat bujang berjoget,
     Saya tidak menari lagi.



Lihat selanjutnya...