Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
EMU

Emu ialah burung besar yang tidak boleh terbang

yang tinggal di Australia. Emu ialah jenis burung

tidak boleh terbang yang kedua terbesar selepas

burung unta.

UMUM
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM
TAKAHE

Takahe ialah burung yang tidak boleh terbang

yang hanya hidup di New Zealand. Takahe

mempunyai bulu berwarna biru tua dan hijau buah

zaitun, paruh dan kaki yang tebal, berwarna merah.

Ia memakan biji-bijian dan batang tumbuhan yang

lembut. Ia membina sarang daripada rumput di atas

tanah dan melapiknya dengan daun. Lebih daripada

50 tahun lamanya ahli ornitologi percaya bahawa

takahe telah pupus. Tetapi pada tahun 1948, takahe

telah ditemui semula di Pulau Selatan di New

Zealand. Burung ini jarang-jarang ditemui.

Pengelasan saintifik. Takahe tergolong dalam famili

Rallidae. Ia adalah Porphyrio mantelli.

UMUM
DODO

Dodo ialah burung yang tidak boleh terbang

yang telah pupus, yang berkaitan dengan burung

merpati. Burung Dodo kira-kira sebesar ayam

belanda besar.

UMUM
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM
ANGKAT BUATANKaedah yang digunakan untuk mengangkat minyak ke permukaan melalui telaga selepas tekanan reservoir berkurangan sehingga mencapai takat yang menyebabkan telaga tidak boleh lagi berpengeluaran secara aliran semulajadi atau tidak ekonomik.KEJURUTERAANKonsep
RHEA

Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang

tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung

unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai

burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini

mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki,

manakala burung unta mempunyai dua jari kaki.

Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan

lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya

daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea

biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya

lebih kurang 25 kilogram.

UMUM
NOTORNIS

Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir

yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung

ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di

Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau

Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa

spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga

tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains

menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada

tahun 1948.

UMUM
KUNCI WAKTU

Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh

dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti

yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat

dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak

digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini

dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada

waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan

membuka kunci.

UMUM
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.



Lihat selanjutnya...