Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disisih bagai antah.

Takrif

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.

Takrif

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.

Takrif

Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar mati anak jangan mati adat.

Takrif

Adat yang tidak boleh dilanggar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Takrif

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terbuka mulut, terpancut keluar hati.

Takrif

Kepada orang yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.

Takrif

Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.

Takrif

Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah menang tak tahu, bersorak boleh.

Takrif

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertampuk bertangkai.

Takrif

Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.



Lihat selanjutnya...