Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjala Sungai Seniawan, Boleh seekor ikan senangin; Sakit rasa saya tak tahan, Boleh tidak mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
5Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti; Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkir janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.



Lihat selanjutnya...