Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh disinar bulan, Dahannya repih membawa buah; Berapa jauh antara badan, Hatiku kasih tidak berubah.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
593

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...