Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlubang; Baik adat elok orangnya, Baik orang bijak menenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak meranggas; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak pemanas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Gumbur-gumbur dalam puan;
Baik balas baik tidak,
     Kita berhamba dengan tuan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
444

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Sepuluh kali ukur, sekali kerat

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...