Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
short range orderSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
long range orderSusunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek.
Kirkwood-Adler transitionKeadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk.
Bragg equationPersamaan yang digunakan untuk menentukan kedudukan satah dalam belauan sinar-X: n? = 2d sin?, dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi; dan ? = sudut belauan.
Bragg lawHukum Bragg ditakrifkan sebagai n? = 2d sin? iaitu hukum yang menerangkan sifat permukaan hablur bahan yang memantulkan sinar-X pada sudut tertentu (?, ?), dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi dan ? = maksimum belauan.
1
Tesaurus
 
tertib (adjektif)
Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;,
Kata Terbitan : bertertib, ketertiban,