Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sila perbetul ayat ini jika ada kesalahan tatabahasa. 1. Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar tidak berlaku kekelamkabutan.Ayat yang diberikan kurang tepat dari sudut tatabahasa atau tidak gramatis.  Jika perkataan kekelamkabutan itu ditukar kepada kekecohan baharulah tepat.  Sekiranya ingin menggunakan perkataan kelam-kabut ayatnya akan berbunyi "Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar majlis itu tidak kelam- kabut.Tatabahasa08.09.2014
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkelAyat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel.Tatabahasa05.08.2014
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Frasa yang manakah lebih sesuai digunakan dalam persuratan rasmi Kerajaan: "Dimohon" atau "dipohon" bagi membawa maksud meminta dengan halus/tertib?Menurut data kami, perkataan pohon dan mohon mempunyai persamaan makna kerana perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud meminta dengan halus (dengan hormat). Walau bagaimanapun, untuk ayat yang lebih gramatis, elok digunakan perkataan mohon. Lain-lain11.09.2019
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan. Bolehkah saya tahu apakah padanan preorder dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Padanan preorder dalam bahasa Melayu ialah tertib awalan khususnya dalam bidang KomputerIstilah28.08.2018
Apakah persamaan dan perbezaan di antara sopan dan susila?Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

i. Sopan
 - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib  
 - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab
 - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur)

ii. Susila
 - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini 
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila
Makna08.11.2020
Tajuk: "Dari segi" atau "daripada segi"? Tuan DBP, izinkan saya tanyakan bahawa "dari segi" atau "daripada segi" bentuk frasa yang betul menurut logika bahasa? Kemusykilan saya tentang hal ini timbul kerana dalam buku Tertib Mengarang, pejuang bahasa yang ulung yang juga mantan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Awang Sariyan menggunakan bentuk "daripada segi", "daripada sudut". Saya menerima frasa ini kerana saya menganalisis bahawa "daripada segi" bermaksud meninjau satu punca. Sendi "daripada" membawa maksud sumber, melainkan kekeliruan saya bangkit sekali lagi kerana bentuk "dari segi" atau "dari sudut" juga tepat kerana "segi" dan "sudut" arah. Sendi "dari" memang digunakan untuk tempat dan arah, tetapi saya lebih merasakan bahawa "dari segi" betul kerana menunjukkan arah. Apakah ulasan tuan?Untuk makluman tuan, kami menyedari adanya pandangan lain yang menerima "daripada sudut" sebagai bentuk yang gramatis. Walau bagaimanapun kami berpegang pada Tatabahasa Dewan, dan menerima frasa "dari sudut".Tatabahasa05.08.2016
Adakah cilawagi itu lebih tua dari cakawari, ataupun membawa maksud yang sama? Saya perlukan istilah kepada dua generasi yang lebih tu, adakah cadangan perkataan yang sesuai?Cakawari ialah datuk kepada moyang (mengikut tertib anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari), cilawagi.

Cilawagi pula ialah nenek moyang tingkat yang kelima, datuk kepada moyang (orang tua, datuk, moyang, buyut, cilawagi), cakawari.

Daripada takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut adalah sama makna menurut Kamus Dewan Edisi Empat.
Makna12.12.2013
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluargaMenurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga.Tatabahasa12.03.2019
Tesaurus
 
tertib (adjektif)
Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;,
Kata Terbitan : bertertib, ketertiban,