Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KADI

KADI, orang yang memutuskan masalah yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Walau bagaimanapun, jika dilihat peranannya dalam masyarakat Melayu, ternyata kadi hanya bertindak sebagai hakim di mahkamah syariah dan berperanan sebagai pendaftar perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam.

BUDAYAJawatan/Gelaran
NOVELET

NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan novela. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen.

SASTERAPenerbitan
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
1
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa
622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...