PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
density functional theory | | | Satu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan. |
electron wave | | | Gelombang mekanik kuantum yang dikaitkan dengan elektron yang mempunyai sifat sebagai gelombang dan sifat sebagai zarah menurut teori de Broglie. Teori gelombang elektron digunakan untuk menjelaskan beberapa fenomena fizik seperti belauan dan pantulan. |
de Broglie theory | | | Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum. |
band theory | | | Lihat struktur jalur. |
ab initio method | | | Teori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama. |
band structure | | | Sifat mekanik kuantum elektron dalam pepejal. Sinonim teori jalur. |
quantum computing | | | Bidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak. |
hard-sphere repulsion | | | Keadaan tolakan antara molekul dalam tindak balas pelanggaran fasa gas biomolekul, dalam teori pelanggaran sfera keras. Tolakan sfera keras biasanya digunakan sebagai model untuk memahami tindak balas nanozarah koloid. |
Cooper pair | | | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
|
|