SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda kolah pada masjid, Tempat budak sembahyang raya; Tengah malam bintang terbit, Bulan juga membawa cahaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Dalam juara syahdu, Tanjung Jagung kuda lama; Tengah malam bangun merindu, Saya tak biasa tinggal lama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. |
|
Tesaurus |
---|
| tengah (kata tugas) | Bersinonim dengan sedang, masih, pada waktu itu, pada ketika itu, dalam pada itu;, | | Kata Terbitan : di tengah, mengetengahkan, setengah, sesetengah, setengah-setengah, menengah, pertengahan, penengah, |
|
Puisi |
---|
|
Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.
Lihat selanjutnya... |
|