Kata |
Takrif |
Sumber |
tegar tengkuk | tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegar I | 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
refractory | adj 1. unmanageable, stubborn, rebellious, tegar /hati, tengkuk/: Derek was a ~ child at 11 and a petty thief by 15, semasa berumur 11 tahun, Derek merupakan budak yg tegar hati, pd umur 15 tahun dia menjadi pencuri; 2. (of disease, wound, etc) not yielding to treatment, refraktori; 3. (of metal, substance, etc) hard to work, refraktori: a ~ metal, logam refraktori. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
|
|