Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanostructureObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
chiral structureStruktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilit bulatan tiub. Struktur ini mempamerkan putaran atau pilin di sepanjang nanotiub. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kerusi berlengan.
nanoporous structureStruktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api.
armchair structureStruktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis heksagon selari dengan nanotiub dan mempunyai simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kiral.
zig-zag structureKeadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral.
nucleotide structureStruktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat.
layer structureStruktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom).
self-assemblyPrinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel.
secondary structureKeadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen.
quaternary structureStruktur kompleks protein yang terdiri daripada berbilang subunit protein. Satu subunit protein terdiri daripada dua atau lebih rantaian polipeptida. Contoh protein berstruktur kuaterner ialah hemoglobin dan polimerase DNA.
Tesaurus
 
struktur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan cara
( sistem, binaan, pola, )

2. Bersinonim dengan binaan: bangunan, bangunan, rangka bangunan.,