Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan dari segi penggunaan sentiasa dan senantiasa? Adakah kedua-duanya sama?Sentiasa dan senantiasa sama maksudnya dan penggunaan kedua-dua perkataan juga sama.Ejaan24.06.2014
#MOHON SEMAKAN TATABAHASA# Kami di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan anda dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan-soalan yang kerap dikemukakan terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.Penggunaan "Kami" jika merujuk kepada ayat tersebut agak kurang tepat dan membawa maksud yang berbeza daripada apa yang cuba disampaikan. Dicadangkan supaya ditambah perkataan yang berada dalam kurungan.

Kami (sebagai ahli/pihak pengurusan) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap dikemukakan, terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.
Lain-lain01.09.2015
macam mana mahu menyertai contest yang berkaitan dengan penulisan cerpen atau sajak.Peraduan menulis cerpen atau sajak yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka akan diiklan dalam akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Dalam iklan tersebut dimuatkan maklumat tentang syarat pertandingan dan nama pegawai projek yang menguruskan pertandingan tersebut. Oleh itu, saudara disarankan supaya senantiasa merujuk akhbar tersebut.Lain-lain02.09.2007
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013
1
Peribahasa
211

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...