Pantau Tegur Bahasa - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang
|
|
Puisi |
---|
|
Limau manis masak di kuala, Pisau wali tajam dikikir; Hitam manis bangun segera, Esok pagi abang nak hilir.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 254 Make hay while the sun shines Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap. Menjemur sementara panas "People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation. ''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|