Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Ucap habis niat sampai.

Takrif

Hasil yang diperoleh dengan segera.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu.

Takrif

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Takrif

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.

Takrif

Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali.

Takrif

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...