Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air diminum sembiluan.

Takrif

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.

Takrif

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai dirahap kain basah.

Takrif

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.



Lihat selanjutnya...