Kata |
Takrif |
Sumber |
sedan | = sedu-~ = ~-sedu suara spt suara orang yg sudah lama menangis, tangis yg terputus-putus (timbul tenggelam): Urip pun menangis ~-~; bersedan-sedan, tersedan-sedan menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak: ia menangis tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya. sedan (sédan) = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pintu, dan tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersedan-sedan | , tersedan-sedan menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak: ia menangis tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedu I | sedan; ~-sedan suara yg terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dll): dgn tiba-tiba ~-sedannya bertambah dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya; bersedu, bersedu-sedu, tersedu, tersedu-sedu menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam dll), teresak-esak, tersedan: ibunya masih ~ dgn kesedihan yg mendalam utk meninggalkan rumahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesengukan | tersedu-sedu, ter-sedan-sedan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersedan-sedan | menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak: ia menangis tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangis | melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedan | /sédan/ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pintu, tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu, dan bahagian but terpisah dr tempat duduk belakang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedan | (sédan) = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pintu, dan tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangis I | mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan: janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka menangis: ~ benar budak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedan | , = ~ sedu, = sedu ~ suara spt bunyi batuk kecil yg terdengar sebentar-sebentar; tangis yg terputus-putus. bersedan-sedan menangis dgn suara yg terputus-putus. tersedan-sedan tersedu-sedu; teresak-esak: Dia ~ kerana terlalu sedih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
expressionistic | ekspresionistik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang lahir daripada perasaan penyair sebagai pengucapan peribadinya. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. Sinonim luah rasa. Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang'kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu-sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulan yang terbuang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sida-sidek | sedu-sedan: menangeh ~ menangis sedu-sedan. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sedan (kereta) | [sé.dan] | سدن |
sedan-sedu | [se.dan.se.du] | سدن-سدو |
sedan (sedu) | [se.dan] | سدن |
sedu-sedan | [se.du.se.dan] | سدو-سدن |
tersedan-sedan | [ter.se.dan.se.dan] | ترسدن-سدن |
bersedan-sedan | [ber.se.dan.se.dan] | برسدن-سدن |
|
|