Kata |
Takrif |
Sumber |
tangis I | mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan: janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka menangis: ~ benar budak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedu sedan | suara spt bunyi batuk kecil yg terdengar sebentar-sebentar; tangis yg terputus-putus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedu -sedan | suara yg terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dll): dgn tiba-tiba ~-sedannya bertambah dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedu- sedan | = ~-sedu suara spt suara orang yg sudah lama menangis, tangis yg terputus-putus (timbul tenggelam): Urip pun menangis ~-~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangis | melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esakan | sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin kencang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangisan | saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangis-tangisan | saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membadai | 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esak | /ésak/, = esakan suara yg terputus-putus kerana sudah lama menangis; sedu sedan. teresak-esak menangis dgn suara yg terputus-putus; tersedu-sedu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |