Kata |
Takrif |
Sumber |
sakti | 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakti | 1 = kesaktian kuasa atau kebolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sakti | 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. | Kamus Pelajar |
sakti | 1 = kesaktian kuasa atau kebolehan yang luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. | Kamus Pelajar |
menyaktikan | 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mestika | 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~ embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2. permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik; laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tan Dewa Sakti | Pr gelaran utk salah seorang orang besar di Perak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Pulau Indera Sakti | sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendarah | sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesakti | ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
magic | magik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dicipta dengan kata-kata atau diksi yang mengandungi unsur-unsur sakti atau ajaib. Contohnya,jampi, mantera dan serapah. |
makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara buka panggung yang diakui dengan upacara menghadap rebab. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, ...maka dengan sekonyong-konyongnya.... Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tuhan jentera. Lihat juga melodrama, plot. |
dramatic monologue | monolog dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti My Last Duchess dan The Bishop Orders His Tomb. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, To be or no to be merupakan monolog dramatik. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Tiada | Versi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya Kakawin Kawin. |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Pertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran To be or not to be oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika. |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sakti | sakti [sakti] | Melanau Dalat | |
sakti | sakti. | Melanau Mukah | |
marau I | tongkat; ~ sakti tongkat sakti; ~ wai tibou tongkat semambu; | Melanau Mukah | |
sakti | kesaktian kasaktian. | kedayan | |
sakti | saktik; | kedayan | |
ngeliman | sakti | TETAW | |
bisa V | mujarab; 1 mustajab, manjur, dll; 2 mempunyai kuasa atau daya yg kuat (bkn jampi, doa, dll), sakti: tawar wak ~ jampi yg manjur; 3 boleh mematikan dgn segera, bisa: asou yen matai terahkan rasun wak ~ anjing itu mati termakan racun yg manjur. | Melanau Mukah | |
setajep | manjur; 1 dapat menyembuhkan dgn segera ubat dll, mujarab, mustajab: ubat wak ~ ubat yg manjur; 2 mempunyai kuasa atau daya yg kuat doa, jampi, dll, sakti: pusau wak ~ mantera yg manjur; 3 boleh mematikan dgn segera, bisa: kuyad matai selau buyak tajem wa | Melanau Mukah | |
mengasi | mujarab, mustajab, manjur; 1 dapat menyembuhkan dgn segera, ubat dll: ubat wak ~ ubat yg manjur; 2 mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti: tawar wak ~ mantera yg manjur; 3 boleh mematikan dgn segera, bisa. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb debu yang bergerak secara ber- satu. Galaksi mempunyai pelbagai bentuk seperti elips dan lingkar yang mem- punyai dimensi dan halaju yang berbeza. Galaksi tempat bumi dan matahari berada dinamakan Bima Sakti. (FIZ) gale warning (amaran bebadai) Maklumat meteorologi yang memberi amaran kepada pihak tertentu tentang kejadian angin atau angin yang dijangkakan, dengan kekuatan 8 – 9 pada skala Beaufort. (METEO) galileo (galileo
|
Kamus Thai 2.indb menunjukkan kuasanya. ศักดิ ์ [sak] น 1 (อำนาจ) kuasa 2 (ความสามารถ) kekuatan 3 (ฐานะ) status ศักดิ ์ ศรี [-si :] น kehormatan, maruah ศักดิ ์ ส ิทธิ ์ [-sit] น sakti ศักย ์ , ศักยะ [sakkaya] น (ไฟฟ้า) voltan ศักราช [sakkara:t] น era ศัตรู [satru:] น seteru ศัพท ์ [sap] น kosa kata ศัลยกรรม [sanyakam] น pembeda- han: ศ ั ลยกรรมนั้
|
Kamus Thai 2.indb polis. ทาก [ta:k] น pacat ทาง 1 [ta:] น jalan ทางการ [-ka:n] น 1 pihak kerajaan ว 2 rasmi, formal ทางช ้ างเผือก [-ca:pak] น Bima Sakti ทางด ่ วน [-duan] น lebuh raya ekspres ทางเท ้ า [-ta:w] น lorong pejalan kaki, laluan kaki ทางม ้ าลาย [-ma:la:y] น lintasan zebra ทาง 2 |
Kamus Thai 2.indb kelihatan serius. ขรุขระ [krukra] ว 1 (ผิว) meng- gerutu: ผิวลูกมะกรูดขรุขระ Kulit limau purut menggerutu. 2 (ถนนพื้ นผิวสิ ่ งของ) tidak rata, lekuk-lekak, lekak-lekuk ขล ั ง [kla] ว sakti ขล ั บ [klap] ว berkilat ขลาด [kla:t] ว penakut, pengecut, bacul ขลิบ [kli p] ก mengelim ขล ุ กขล ั ก [klukklak] ว tersekat- sekat: การเดินทางของน ั
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sakti | [sa/.ti] | سقتي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
galaksi Bima Sakti | Milky Way galaxy | Kumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini. | Menengah Rendah |
galaksi | galaxy | Himpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Raja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.
Lihat selanjutnya... |
|