Kata |
Takrif |
Sumber |
keramat hidup | orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keramat | 1 suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib, spt dpt menyembuhkan penyakit. 2 tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keramat hidup | orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keramat | 1. suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib spt dpt menyembuhkan penyakit dll. 2. tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. | Kamus Pelajar |
minta keramat | minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumpah keramat | sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ziarah | Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeramatan | sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
slogan | kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~Seni Untuk Seni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
shrine | tempat keramat | Pelancongan | Tiada | Tempat yang dianggap suci dan dipercayai boleh memenuhi permintaan atau hajat pengunjung. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan tanda alam di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti Keramat Lebai Kader, Kerama Kubur Panjang, dan Mahsuri. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita Mat Salleh, Tok Janggut, Puteri Saadong, dan legenda pendosa seperti Si Tanggang dan Malim Kundang. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
keramat | alim keramet [alim kramt] | Melanau Dalat | |
keramat | kaamat. | kedayan | |
salung | keramat | TETAW | |
keramet | keramat. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
keramat | [ke.ra.mat] | کرامت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat |
|
Puisi |
---|
|
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.
Lihat selanjutnya... |
|