Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANWAR RIDHWAN

Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan.  Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara.  Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973.  Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.

SASTERATokoh
SAHLAN MOHD. SAMAN

SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 -     ), penulis.  Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 1967).  Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara.

SASTERATokoh
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep
ABDUL LATIF ABDUL RAZAK

Abdul Latiff Abdul Razak (18891956), ahli perubatan dan anak Melayu pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor. Abdul Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Malay College Kuala Kangsar, Perak; dan King Edward VII, Medical College Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANGIN TIMUR LAUTANGIN TIMUR LAUT, novel karya S. Othman Kelantan yang diterbitkan oleh Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1969.  Novel ini membawa tema kemiskinan dan penderitaan hidup kaum nelayan di Pantai Timur Semenanjung, khasnya di Pantai Sabak, Kelantan.  SASTERAKonsep
1
Tesaurus
 
sabak (adjektif,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Bersinonim dengan muram: suram, masyghul, sugul,

2. Bersinonim dengan redup: mendung, malap, kelam.,