Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ROHNama kepada jiwa manusia dan juga kepada aspek nyawa manusia.AGAMAKonsep
SHAMANISMEKepercayaan wujudnya roh baik dan roh jahat.AGAMAKepercayaan
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM
PUCK

Puck atau Robin Goodfellow, satu roh nakal

dalam cerita rakyat Inggeris, mengganggu orang

ramai sekadar untuk bersuka-suka.

UMUM
HADES

Hades ialah dewa alam roh mengikut mitologi

Yunani.

UMUM
TAHLILupacara/aktiviti menyampaikan doa dan pahala kepada roh si matiAGAMAKonsep
PEMUJAAN NENEK MOYANGSuatu kepercayan yang melibatkan amalan-amalan tertentu yang dilakukan terhadap roh orang yang telah meninggal dunia dari kalangan saudara terdekat atau mereka yang rapat dengan si mati itu.AGAMAKepercayaan
ELISIUM

Elisium dalam mitologi Yunani dan Rom ialah

tempat roh para wira diabadikan sebagai balasan

selepas kematian kerana kebaikan dan keperwiraan

mereka semasa hidup.

UMUM
ANIMISME

Animisme ialah istilah bagi mana-mana

kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan

semangat alam semula jadi.

UMUM
PAPAN OUIJA

Papan Ouija ialah peranti yang kononnya

digunakan untuk bertanya kepada roh si mati dan

menerima jawapan daripadanya.

UMUM
Tesaurus
 
roh (kata nama)
Bersinonim dengan nyawa, hayat, rohani, jiwa, semangat;,