Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Nurul Hani Isu ejaan betul dan ejaan salah. Waktu sekolah dulu saya lagi pening dengan mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris sebab selalu ada perubahan dari segi ejaan dan tatabahasa. Saya terfikir juga mungkin sebab Bahasa Melayu masih sedang dibangunkan dan dikembangkan, tetapi sampai bila nak berubah-berubah macam tu? Anak bangsa sendiri jadi malas nak belajar Bahasa Melayu dengan mendalam, cukupla pandai menulis dan bercakap yang biasa-biasa.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Untuk makluman puan, selepas buku Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 diterbitkan dan diguna pakai, tidak ada lagi perubahan besar dalam sistem bahasa kita. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
Adakah frasa di bawah lewah atau mantap ? Ada pandangan daripada sarjana bahasa menyatakan bahawa frasa di bawah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki 5. senak perut 6. pening kepalaFrasa yang berikut tidak gramatis, iaitu:  1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki; manakala frasa senak perut dan pening kepala telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.Tatabahasa12.05.2011
(Saya/Kami) sekeluarga pergi ke pantai untuk berkelah. kata Ali kepada pak cik. Selamat pagi Tuan/Puan bolehkah saya minta tunjuk ajar tentang soalan ini?? Dan sebab Tuan/Puan pilih jawapan tersebut. Sebab saya pening terhadap dua kata ganti nama pertama ini. Terima Kasih diucapkan dahuluPenggunaan saya dan kami dalam ayat kedua-duanya betul bergantung pada situasi semasa Ali bercakap. Saya sekeluarga merujuk kepada Ali dan Keluarganya sahaja, tetapi Kami sekeluarga merujuk kepada Ali dan (pada situasi tersebut, ada adiknya sebagai contoh) Keluarganya.Tatabahasa27.10.2015
Abdullah Zawawi Wahab Jul 7th, 1:14pm salam..sy staff majlis perbandaran kota bharu..sy d tugaskan bahagian tulisan jawi..jd kalau bole sy nak th dgn siapa sy bole berhubung jika saya ada kemusykilan tulisan jawi..melayu kpd jawi ok...yg pening english kpd jawiTuan boleh menyemak tulisan Jawi melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my atau jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Nasihat Bahasa melalui talian 03-21479400/9500/9600. Tuan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui domain Khidmat Nasihat DBP di laman web kami.Lain-lain07.07.2015
Boleh tak berikan kepastian( yang bermaksud kepada pertandingan murid menyampaikan cerita yang biasanya dipertandingkan di sekolah-sekolah), pertandingan cerita atau pertandingan bercerita. Dalam kamus dewan bahasa yang terbaru ( merah )menyatakan pertandingan cerita tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh khidmat bahasa dewan bahasa ialah pertandingan bercerita. Pening kepala saya???

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

Tatabahasa24.04.2009
Tuan, Apakah perbezaan antara"mujarab" dengan "mustajab"? a) Minyak urut yang dijual itu sungguh mustajab. Betulkah penggunaan mustajab dalam ayat di atas? Terima kasihMerujuk kepada Kamus Dewan, kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu  dapat menyembuhkan. Ayat yang sesuai ialah Ubat itu sangat mustajab untuk pening kepala.Makna16.10.2017
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Asalamualaikum tuan. Saya disini, ingin belajar Bahasa Melayu. Walaupun saya berbangsa Melayu, tetapi saya kurang mahir berbahasa Melayu. Tetapi, saya telah berusaha sendiri untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya memerlukan pertolongan Encik, pertolongan dari segi awalan, akhiran apitan bagi frasa kerja. Saya sudah mempelajarinya, di buku Tatabahasa Edisi dewan ke-3. NAmun, saya pening bila perlu menggunakan awalan sahaja, akhiran sahaja, apitan meN-...-i/kan, dan amat hargai jika Encik Boleh membantu memperjelaskan pada saya, cara mengetahuinya. Jikalau dalam bentuk file pun tidak mengapa.Untuk makluman, buku yang sesuai dirujuk ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya tuan memerlukan penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini, tuan boleh menyertai kursus tatabahasa yang dianjurkan oleh Akademi DBP.Tatabahasa25.08.2012
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Mohon DBP beri pencerahan. Dua setengah kilometer ATAU dua kilometer setengah. Saya telah merujuk kepada rekod pertanyaan orang lain, jawapan yang diberikan oleh DBP carca marba . Mohon DBP buat pengesahan dan selaraskan penggunaan ini. Ada yang cadangkan unit perlu letak di belakang, ada yang cadangkan tidak boleh letak dua kata bilangan berturut turut, perlu selang dengan kata nama. Betul betul pening.Jawapan yang betul ialah dua setengah kilometer. Perlu diikuti bilangan dahulu, kemudian diikuti dengan unit ukuran.Lain-lain02.06.2021
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.



Lihat selanjutnya...