Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ZABHAZABHA (1910-    ), wartawan.  Dia lahir di Muar, Johor.  Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Haji Alias.  Dia adalah salah seorang yang menggerakkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu di hari pelancaran keluaran sulung akhbar tersebut di Queen Street, Singapura pada 29 Mei 1939. Tiga orang lagi ialah Usuf Ishak, Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).SASTERATokoh
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,