PeribahasaPadang perahu di lautan, padang hati di fikiran.TakrifFikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai berseru di padang pasir.TakrifSeruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memekik di tengah padang luas.TakrifSeruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti berseru di tengah padang.TakrifMeminta pertolongan tetapi siapa yang mengendahkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti memekik di tengah padang luas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLagak Padang, omong Betawi.TakrifCakap besar, tetapi tiada berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain padang lain belalang.TakrifAdat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda padang, ada belalangnya.TakrifAda negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada air, adalah ikan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut.TakrifOrang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.TakrifOrang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rumput padang tumbuh di padang, Sayang keduduk tidak berbunga; Asal dagang pulang ke dagang, Kalau duduk tidak berguna.
Lihat selanjutnya... |
|