Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Orang beradat mensyukuri nikmat, Rezekinya tidak dimakan sendiri; Membuang adat menjauhlah rahmat, Dirinya rosak Tuhan kan benci.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hatiKhazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat tahu bersyukur, Nikmat Allah ia muliakan; Membuang adat malu bertabur, Umat terbelah binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau diparut buah kurma, Dapat dimakan rasanya nikmat; Kalau diturut petua ulama, Selamat badan dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau pandai merendang cendawan, Rendang dimakan terasa nikmat; Kalau pandai menenggang kawan, Orang senang hidup selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rasanya manis bagaikan gula, Dibuat pengat bertambah nikmat; Sengketa habis hilang bala, Selamatlah umat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibuat sambal rasanya sedap, Makan kenyang terasa nikmat; Hajat kami membuka cakap, Membilang undang mengaji adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau betung dibuat galah, Takkan terlindung aur disusup; Kalaulah dihitung nikmat Allah, Takkan terhitung seumur hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,