Kata |
Takrif |
Sumber |
nikmat | Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg memungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nikmat | 1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati mengecap (merasai, mengalami) nikmat: Mereka ~ kehidupan yg sangat bahagia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. kenikmatan keadaan atau hal nikmat; keenakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nikmat | 1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati mengecap (merasai, mengalami) nikmat. kenikmatan keadaan atau hal nikmat; keenakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya. | Kamus Pelajar |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anugerah | pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurnia | 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkufuri | 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kufur | 1 tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; kafir. 2 tidak (tahu) bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. ~ nikmat tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. mengkufuri 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. mengkufurkan menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. kekufuran keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganugerahi | memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurnia | 1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kamus Thai 2.indb bahawa semua perompak bank itu telah di- tangkap. สดใส [sotsai] ว 1 (ใบหน ้ า) berseri-seri: ใบหน ้ าของเธอสดใสขณะรับรางวัลแม ่ ตัวอย ่ าง Wajahnya berseri-seri sewaktu meneri- ma Anugerah Ibu Mithali. 2 (ท ้ องฟ้า สี) cerah: เมื่ อเช ้ านี้ ท ้ องฟ ้ ามืดครึ้ มแต ่ ตกเย็นดูสดใส Pagi tadi langit mendung tetapi petang ini nampaknya cerah. สดมภ menjelaskan, menghuraikan: เขาอธิบายการเกิดคลื่ นสึนามิ Dia menerang- kan kejadian tsunami. อธิปไตย [atipatai] น kedaulatan อธิษฐาน [atitta:n] ก berdoa: รูวัยดา อฐิษฐานต ่ ออัลลอฮให ้ ลูก ๆ ของเขาเป็นคนดี Ru- waida berdoa kepada Allah agar anak- anaknya menjadi orang yang soleh. อ ้ น [on] น argus อนาคต [ana:kot] น 1 masa akan datang: เรายอมลำบากในปัจจุบันเพื่ อสุขสบาย ในอนาคต Kami rela susah sekarang demi kesenangan
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah Allah |
|
|