Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum, Antara ayat di bawah yang manakah betul? - Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? - Maka, yang manakah nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? Terima kasih.Ayat yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

i. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.
ii. Maka, yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan.


Tatabahasa22.03.2024
Salaam, Saya amat berminat untuk menerbitkan buku saya: Rahsia Nikmat Kegagalan Dalam Bisnes. Untuk perhatian, saya sedang menyiapkan buku tersebut dalam sudah hampir 50% siap. Mohon pencerahan dari pihak DBP untuk membantu menerbitkan buku ini. Terima kasih. AzhareeWkm salam wbkt. Manuskrip yang telah siap ditulis, lengkap dengan bahan awalannya boleh dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manuskrip ini akan melalui beberapa proses penilaian untuk dipertimbangkan kesesuaian penerbitannya oleh DBP.Lain-lain08.07.2013
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb..    Tatabahasa16.05.2008
Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih

Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika  didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan:

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan”

 

atau

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”.

Tatabahasa27.02.2024
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut?Salam sejahtera,
Dewan Sastera terbitan  November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my .
Lain-lain25.04.2012
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama?Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut:

inderaloka bahasa klasik kata nama tempat ting­gal Bentara Indera.

suralaya bahasa klasik kata nama suraloka

suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan.
Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka.

syurga kata nama
1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya.
Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.”

2
bahasa kiasan
tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya.
Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. 

Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
Makna21.09.2023
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018
1
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,