Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 
Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana asal ditugal, adalah benih. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya?Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Makna25.03.2010
apakah maksud intan tersalah canai?Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum.Lain-lain22.06.2008
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor). Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; tidak akan menjadi najis. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Selamat sejahtera tuan. Ini soal yang telah dikemaskinikan daripada tajuk "Di Satu Pihak" atau "Pada Satu Pihak"?. Minta tuan amati karangan ini dan minta maaf kerana menyusahkan tuan memberikan jawab sekali lagi. Saya harapkan usul tuan yang nescaya mampu menyirnakan kesulitan saya ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan bagi rujukan selanjutnya.Tatabahasa14.08.2016

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya perihal tanda baca noktah. Contohnya pada hujung ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t.: Ataupun adakah cukup dengan titik seperti dalam ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. (Selepas perkataan s.w.t. itu terdapat terjemahan ayat Al-Quran)Ayat yang betul adalah seperti berikut:
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan."
Tatabahasa25.03.2014
1
Tesaurus
 
nescaya (kata tugas)
Bersinonim dengan tentu, pasti, mesti, tidak boleh tidak.,

Peribahasa
294

Every land has its own laws

Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.

Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you.

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya...