Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru.
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...