Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan.

Takrif

Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri, pergi merantau ke negeri lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.

Takrif

Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti negeri dialahkan garuda.

Takrif

Negeri (kampung) yang sunyi senyap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Takrif

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.

Takrif

Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh.

Takrif

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membawakan cupak ke negeri orang.

Takrif

Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...