Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.



Lihat selanjutnya...