PeribahasaMenjerat leher sendiri.TakrifMembuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gajah putih ditambat.TakrifSeseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekam menjadi hampa berat.TakrifTiada akan merugikan sedikit juga, jika daripada yang banyak itu hilang sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik bagai ekor kerbau.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggedangkan anak harimau.TakrifMemelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumpang di biduk tiris.TakrifIkut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela.TakrifMembuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. mua = melampau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.TakrifMembuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mana dialih, lesung berdedak juga.TakrifPekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|