Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
'teramat meriah sekali'' adakah ayat di atas betul? terima kasih

Frasa yang betul ialah teramat meriah atau meriah sekali. Teramat meriah sekali adalah salah.

Tatabahasa18.04.2010
Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah'Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah:
1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu.
2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun.
3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya.
4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi.

Manakala maksud raya pula ialah besar

Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah"
Tatabahasa18.03.2021
sungguh meriah sekali...penggunaan kata penguat 'sungguh' dengan 'sekali' boleh digunakan bersama dalam 1 ayat atau tidak?Sungguh meriah sekali - ayat ini betul  iaitu gabungan kata penguat + kata adjektif + kata penguat, yang tak dibenarkan ialah ter/paling + kata adjektif + sekali, seperti tercantik sekali.Tatabahasa08.03.2010
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1.Sekolah Fendi menyambut Hari Guru di dewan sekolah. 2.Murid-murid membawa hadiah yang (cantik )untuk semua guru. 3.Murid-murid membawa hadiah untuk guru-guru yang dikasihi. 4.Murid-murid beratur untuk memberikan hadiah kepada guru-guru. 5.Sambutan Hari Guru ini sungguh meriah./Suasana pada Hari Guru sungguh meriah. Sekian,terima kasih.Semua ayat-ayat yang dinyatakan betul kecuali ayat Suasana pada Hari Guru sungguh meriah. Ayat yang betul ialah Suasana Hari Guru sungguh meriah.Tatabahasa04.08.2021
1)Adakah suku kata - rai dalam perkataan sorak-sorai ialah suku kata terbuka? 2)Adakah suku kata -ah dalam perkataan meriah merupakan suku kata tertutup?Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Oleh itu, kata RAI = KVV ialah suku kata terbuka dan MERIAH = KVKVVK ialah suku kata tertutup.Tatabahasa20.06.2011
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan.Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana  di dalam dewan itu penuh kemeriahan.Makna17.03.2008
Para tamu yang hadir semasa majlis pelancaran kereta Proton Inspira itu diberi sambutan yang meriah. Munsyi, adakah para tamu salah dalam ayat ini? terima kasihPerkataan "para tamu" tidak salah dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.06.2012
Salam sejahtera. Mohon nasihat tuan mengenai ayat yang berikut: Detik kepulangan yang dinanti-nantikan kini lebih meriah di Hari Raya.Tiada masalah dengan ayat tersebut.  Cuma tukar perkataan di Hari Raya kepada pada Hari Raya.Karya09.06.2014
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat?Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,