Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi.

Takrif

Diam yang ada gunanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.

Takrif

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam terlepas, tangan tercirit.

Takrif

Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Takrif

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lecah di kaki.

Takrif

Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Upah lalu, bandar tak masuk.

Takrif

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam terlepas, tangan bau tahi.

Takrif

Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.

Takrif

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Takrif

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,