Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanGlosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
berbeza1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bererti1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lain1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap­-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengan­nya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyim­pangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beza/béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selisih1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. me­­nim­­bulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, memper­tikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menye­diakan standard dan arahan bagi meng­hitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato Temenggung dgn Dato Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergeligirtidak sama rata (spt langit-langit keras); bergerutu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
uniktidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlainantidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlaintidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tikai; bertikai 1 tidak sama; berbeza; berlain: Gambar ini ~ benar dgn keadaan yg sebenarnya. 2 tidak bersefahaman; bertengkar; berbantah. menikai ti­dak menyetujui; membantah; me­nen­­tang. mempertikaikan men­jadi­­kan sesuatu sbg bahan yg di­per­karakan; memperbantahkan; mem­pertengkarkan: Perkara yg remeh itu tidak perlu dipertikaikan. pertikaian 1 hal atau keadaan yg tidak sama; perbezaan; perselisihan. 2 sesuatu yg dipertikaikan; perbezaan pendapat dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.



Lihat selanjutnya...