Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang ikan mati membusuk, Mati dituba anak nelayan; Mengenang tuan hatiku remuk, Janji direka tuan abaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.



Lihat selanjutnya...