Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati-mati mandi biar basah.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alang-alang berminyak, biar licin.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepala-pala mandi, biarlah basah.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati-mati berminyak biar licin.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati-mati berdakwat biar hitam.

Takrif

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati.

Takrif

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggenggam erat, membuhul mati.

Takrif

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

Takrif

Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.



Lihat selanjutnya...