Pantun |
Sumber |
Tema |
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang ikan mati membusuk, Mati dituba anak nelayan; Mengenang tuan hatiku remuk, Janji direka tuan abaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 452 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Mati-mati berminyak biar licin I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|