Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Air paya rasanya masam, Walaupun masam dapat diminum; Hatiku luka menahan dendam, Dendam berani berbalas belum.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah derut rasanya masam, Untuk dibuat sambal belacan; Hati hanyut siang dan malam, Ingatkan adik lupalah makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lain datang lain buahnya, Buah masam disambal orang; Lain orang lain lidahnya, Lidah tajam dibedal orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.



Lihat selanjutnya...