Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya.
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.



Lihat selanjutnya...