Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RAS, MANUSIA

Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua

manusia adalah dari keturunan manusia yang

hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita

semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna

bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari

ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita

semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan

kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza

warnanya, mata kita berbeza warna dan

bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza

bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan

teksturnya.

UMUM
KEJURUTERAAN MANUSIA

Kejuruteraan manusia ialah teknik

mengaplikasi ilmu pengetahuan saintifik tentang

tingkah laku manusia untuk membina pelbagai

jenis peralatan yang digunakan oleh manusia

dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga

dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia.

Tujuan kejuruteraan manusia adalah untuk

membuat mesin yang sesuai mungkin untuk

kegunaan manusia. Jurutera faktor manusia cuba

mereka bentuk mesin yang setanding dengan

keupayaan dan pengehadan manusia.

UMUM
MANUSIA PRASEJARAH

Manusia prasejarah ialah manusia yang hidup

sebelum tulisan dicipta lebih kurang 5500 tahun

dahulu.

UMUM
MANUSIA HEIDELBERG

Manusia Heidelberg ialah manusia prasejarah

yang tinggal di Eropah kira-kira 450 000 tahun

dahulu.

UMUM
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM
MANUSIA PEKING

Manusia Peking ialah sejenis manusia

prasejarah yang hidup antara lebih kurang

500 000 hingga 250 000 tahun dahulu di bahagian

yang kini utara China.

UMUM
MANUSIA NEANDERTHAL

Manusia Neanderthal ialah sejenis manusia

prasejarah yang tinggal beberapa tempat di

Eropah, Asia, dan Afrika pada kira-kira 100 000

hingga 35 000 tahun dahulu.

UMUM
MANUSIA JAWA

Manusia Jawa ialah sejenis manusia prasejarah

yang hidup antara satu juta hingga 500 000 tahun

dahulu.

UMUM
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.



Lihat selanjutnya...