Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman kini zaman kemajuan, Manusia banyak ilmunya; Dengan laki jangan melawan, Supaya tidak dimadukannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman ini zaman menyalah, Manusia lupa hidup kan mati; Dengan bini janganlah marah, Supaya mudah bertanak nasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hujan turun bercurah-curah, Ramai manusia lari berlindung; Hidup saya sebatang karah, Dalam hujan mencari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanda tua tahukan diri, Tahu tempat dengan letaknya; Tanda manusia ilmu dicari, Ilmu beradat dengan akhlaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau jerebu melanda Malaysia, Api di Jambi tolong padamkan; Kalau berseteru sesama manusia, Hati dirasuk oleh syaitan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 356 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia merancang, tuhan menentukan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. "Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|