Kata |
Takrif |
Sumber |
memaklumkan | 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maklum | sudah diketahui atau difahami: Akan hal ini tentulah tuan-tuan semua sedia ~. maklumlah tahu sajalah; sudah barang tentu: ~, kami orang kampung, tidak mengerti akan adat orang bandar. memaklumi 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. memaklumkan memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. makluman 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. pemakluman perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maklum balas(feedback) | Maklumat atau data yang diperoleh hasil daripada pengendalian dan digunakan untuk membolehkan pelarasan dibuat supaya keadaan pengendalian yang dikehendaki tercapai. | Kamus Komputer |
maklum | 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulang maklum kpd | terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu I | 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) mengetahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimaklumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk memberitahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mafhum | Ar 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian; memafhumi mengerti, mengetahui, memahami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkubu | terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu | 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ketahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahu | 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
au fait | adj maklum: Im not ~ with the latest developments in generative grammar, saya belum maklum akan perkembangan terakhir ttg tatabahasa generatif; /make, put/ so. ~ with (st), memberitahu sso ttg (sst). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
debrief | vt menyoal [sso] utk mendapatkan maklum balas: on his return he was ~ed, apabila dia pulang, dia disoal utk mendapatkan maklum balas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
feedback | n 1. (return of ) information about product etc , maklum balas; 2. (electr) suap balik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
recursive feedback | maklum balas rekursif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Reaksi atau maklum balas yang diberikan secara berulang oleh guru, rakan, atau perisian terhadap sesuatu tugasan, pentaksiran, aktiviti pembelajaran, atau maklum balas terhadap maklum balas sebelumnya. |
bandwidth feedback | maklum balas lingkungan | Sains Sukan | Biomekanik | Penyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut. |
advanced rating | penarafan awal | Komunikasi | Tiada | Proses mendapatkan maklum balas mengenai sesebuah penerbitan yang belum dijadikan rancangan sepenuhnya. Penerbitan itu didedahkan kepada sekumpulan khalayak untuk memperoleh maklum balas mengenainya. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pihak stesen bergantung kepada keputusan maklum balas tersebut. |
interruption feedback | maklum balas langsung | Komunikasi | Tiada | Maklum balas yang diterima daripada khalayak semasa rancangan sedang disiarkan. |
survey feedback | maklum balas tinjauan | Pendidikan | Tiada | Maklum balas yang diperolehi melalui tinjauan. |
informative feedback | maklum balas informatif | Pendidikan | Tiada | Maklum balas terhadap prestasi pelajar yang memberi maklumat tentang pencapaian dan memandu mereka untuk meningkatkannya. |
augmented feedback | maklum balas tambahan | Sains Sukan | Biomekanik | Maklum balas yang diperoleh daripada sumber luaran seperti arahan daripada jurulatih atau rakaman video. |
non-evaluative feedback | maklum balas bukan penilaian | Pendidikan | Tiada | Maklum balas yang berfokuskan fakta dan kriteria yang objektif. |
circuit time | masa maklum balas | Pendidikan | Tiada | Masa yang diambil oleh guru untuk memberi maklum balas tentang tugasan, soal jawab dan sebagainya kepada pelajar dalam sistem pendidikan jarak jauh. |
self-mailer | mel jawab balik | Komunikasi | Korporat | Kaedah mendapat reaksi atau maklum balas secara bercetak mengenai sesuatu maklumat pemasaran yang diedarkan kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan sekeping kad jawapan yang telah tercatat alamat syarikat dan bersetem untuk memudahkan pelanggan memberikan maklum balas. Kaedah ini mempercepat proses pengumpulan maklum balas terutama dalam kajian tinjauan pemasaran. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
maklum | pesusui [psusuy] | Melanau Dalat | |
maklum | makluman makloman. | kedayan | |
maklum | maklom; | kedayan | |
men ta ew | maklum | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
maklum | [maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم |
|
Tesaurus |
---|
| maklum (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;, | | Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman, |
|
|